Lawatan Deligasi Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi ke MyDFLAB
Tarikh: 13 Mac 2024
Lokasi: Makmal MyDFLAB, Jabatan Digital Negara
Malaysia Government Digital Forensic Lab (MyDFLAB), Jabatan Digital Negara yang diketuai oleh Puan Sabriyah Mohd Akhir@Khairuddin, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur & Keselamatan Digital (BPG) telah menerima lawatan daripada deligasi Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (JPDP) pada 15 Mac 2024. Sesi lawatan ini bertujuan untuk berkongsi fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh MyDFLAB JDN.
Selain itu, taklimat berkaitan perlindungan data peribadi telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Muhammad Sufyan bin Basri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemantauan, JPDP.
MyDFLAB merupakan sebuah makmal digital yang menyediakan perkhidmatan sanitasi data logikal dan fizikal, pemulihan data logikal serta kemudahan infrastruktur forensik digital kepada agensi sektor awam.
#jabatandigitalnegara
#MalaysiaMadani
#MalaysiaDigital