Perkhidmatan

Sanitasi Data Logikal

Sanitasi Data Logikal ialah proses menulis ganti (overwriting) data yang berada dalam media elektronik secara logikal. Proses ini melibatkan pengalihan keluar maklumat sensitif daripada peranti dengan selamat, menjadikannya tidak dapat dipulihkan namun masih membenarkan medium storan tersebut digunakan semula. Ini penting untuk melindungi privasi data dan mematuhi peraturan semasa menyahtauliah atau menggunakan semula peranti

Sanitasi Data Fizikal

Sanitasi Data Fizikal merupakan proses pembersihan data fizikal untuk media storan melibatkan pemusnahan secara fizikal untuk menjadikannya tidak boleh dibaca dan memastikan maklumat sensitif tidak dapat dipulihkan. Proses ini sering digunakan apabila peranti tidak lagi diperlukan atau apabila ia mengandungi data yang sangat sensitif yang mesti dimusnahkan secara kekal 

Pemulihan Data Logikal

Pemulihan data logikal media storan melibatkan proses untuk mendapatkan semula data yang hilang atau rosak daripada peranti seperti pemacu keras, SSD, pemacu USB dan kad memori apabila isu itu disebabkan oleh kegagalan logik, dan bukannya kerosakan fizikal 

Kemudahan Infrastruktur Forensik Digital

MyDFLAB menawarkan kemudahan infrastruktur forensik digital yang merujuk kepada set alat (perkakasan dan perisian) yang menyokong amalan forensik digital. Forensik digital melibatkan pengenalpastian, pemeliharaan dan analisis  bukti digital daripada pelbagai peranti terutamanya media elektronik dengan cara yang boleh diterima di sisi undang-undang.