Latar Belakang
Jabatan Digital Negara (dahulunya dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)) melalui Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan Digital (BPG) telah diberi tanggungjawab untuk membangun dan mengurus makmal digital Kerajaan iaitu Malaysia Government Digital Forensics Lab atau lebih dikenali sebagai MyDFLAB.
MyDFLAB merupakan satu inisiatif kerajaan dalam mengurus perkhidmatan berkaitan sanitasi (penghapusan), pemulihan data logikal media storan yang telah ditetapkan dan menyediakan kemudahan infrastruktur forensik digital kepada agensi sektor awam.
MyDFLAB menawarkan perkhidmatan kepada semua agensi Kerajaan di peringkat persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.